GAYA PENULISAN MENARIK

Contoh 4: Isu kekeluargaan
Dalam meniti usia emas, warga tua sepatutnya boleh menyandarkan harapan kepada anak-anak. Pertalian yang sekian lama terjalin wajarlah ada tautan hingga ke penghujung zaman. Hal ini untuk mengelakkan warga emas merasa rendah diri, tersisih dan hidup dalam cucur menitis airnya mata.

Contoh 5: Isu remaja
Dalam meniti era globalisasi, remaja harus mengentalkan perasaan menguasai dan mengawal minda masing-masing. Di samping itu, remaja harus mengenal identiti diri untuk mengelakkan semangat daripada luruh bertepatan dengan hasrat negara “generasi muda pelapis dan peneraju wawasan”

Contoh 6: Isu pendidikan
Mahasiswa perlu disuntik dengan nilai pengetahuan yang tinggi supaya mereka lebih cekap, inovatif, kreatif dan dinamik untuk bersaing di peringkat global bagi memastikan negara ini berupaya dan berdaya saing dalam era ekonomi dunia yang semakin mencabar kerana tidak ada kejayaan yang datang bergolek.