LATIH TUBI TATABAHASA 3

Sebahagian daripada ayat yang berikut telah dicetak tebal. Bahagian yang bercetak tebal mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.

1 Kad pengenalan yang saya jumpai itu saya akan menyerahkan ke polis.
A akan saya menyerahi polis
B akan saya serahkan kepada polis
C saya akan serahkan kepada polis
D saya akan menyerahkan ke polis

2 Beberapa orang pelajar-pelajar sedang bermain di luar kawasan sekolah itu.
A Beberapa pelajar-pelajar
B Berapa pelajar
C Beberapa orang pelajar
D Beberapa orang pelajar-pelajar

3 Keberkesanan sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperolehi sesudahnya.
A daripada hasil yang diperoleh sesudahnya
B dari hasil yang diperolehi sesudahnya
C dari hasil yang diperoleh sesudahnya
D daripada hasil yang diperolehi sesudahnya

4 Mereka tercengang-cengang bila seorang anggota polis menghampiri mereka dan meminta kad pengenalan mereka.
A Mereka tercengang-cengang bila
B Mereka tercengang bila seorang
C Mereka tercengang-cengang apabila seorang
D Mereka tercengang-cengang bila seorang

5 Kami mendoakan agar perpaduan rakyat sentiasa berada dalam situasi aman dan sejahtera .
A mendoa perpaduan rakyat supaya
B mendoa supaya perpaduan rakyat
C mendoakan perpaduan rakyat agar
D mendoakan agar perpaduan rakyat




6 Dompet yang tertinggal di kantin sekolah itu sekarang ada dengan pengawas yang bertugas pada hari itu.
A berada dengan pengawas yang ditugaskan
B ada pada pengawas yang bertugas
C berada pada pengawas yang ditugasi
D ada dengan pengawas yang bertugas

7 Mereka saling bersalam-salaman di akhir sesi persekolahan itu kerana mereka akan bercuti .
A bersalaman pada akhir
B bersalam-salaman di akhir
C saling bersalam-salaman pada akhir
D saling bersalam-salaman di akhir

8 Murid-murid diajarkan cara-cara menjahit baju kurung oleh Cikgu Normah.
A diajarkan cara-cara menjahitkan
B diajar cara-cara menjahitkan
C diajar cara-cara menjahit
D diajarkan cara-cara menjahit

9 Pelancong itu bertanyakan saya tentang jalan ke Muzium Perlis.
A bertanya saya tentang jalan
B menanyakan saya jalan
C menanyai saya jalan
D bertanyakan saya tentang jalan

10 Kadir menduakan harta hasil tinggalan ayahnya mengikut surat wasiat yang diserahkan oleh peguam.
A menduai harta hasil tinggalan
B memperduakan harta hasil peninggalan
C memperdua harta hasil peninggalan
D menduakan harta hasil tinggalan