CANTIK BUDI, INDAH BAHASA

Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang cantik itu budi, Yang indah itu bahasa

LATIHAN TATABAHASA PRA-SPM

LATIHAN PRA-SPM (Kesalahan Ejaan Kata Nama)

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1.Kebanyakan pelancung lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di persisiran pantai Malaysia.
2.Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai progrem kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipererat.
3.Syarikat pemaju perumahan akan membayar gantirugi kepada pembeli yang rumahnya gagal disiapkan mengikut jadual.
4.Aturcara kejohanan olahraga tahunan yang lengkap dimuatkan dalam buku program.
5.Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana kekayaan sumber alam semula jadinya.
6.Guru bimbingan itu telah memberikan penerangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar bedah.
7.Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengetengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia semalayasia
8.Semasa berada di peringkat pra-sekolah, kanak-kanak diberikan pendedahan awal tentang alam persekolahan.
9.Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mengesyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.
10.Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampaikan mesej dalam beberapa saat sahaja.
11.Kempen anti-dadah peringkat kebangsan yang dilancarkan oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.
12.Kerajaan sudah meluluskan undang-undang yang membenarkan pegawai penguatkuasa menahan individu yang berkelakuan tidak bermoral.
13.Kenaikan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan gulungan berpendapatan rendah.
14.Ketua sendiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam serbuan semalam.
15.Lazimnya aktiviti pengayaan dalam matapelajaran Bahasa Melayu terdiri daripada bacaan luas, permainan bahasa, dan kerja projek.
16.Pada pendapat saya, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara sangat berkesan untuk latihan jatidiri bagi remaja lulusan Sijil Pelajaran Malaysia.
17.Pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara kita telah membuktikan bahawa kerajaan menyedari kepentingan bahasa tersebut sebagai bahasa antara bangsa.
18.Pihak media-massa sering memaparkan berita yang sensasi untuk menarik perhatian orang ramai.
19.Melalui dailek yang digunakan dalam dialog mereka, dapatlah kita mengagak bahawa mereka datang dari negara Sepanyol.
20.Kompleks beli-belah itu mengadakan jualan penghabisan setok secara besar besaran.

LATIHAN NOVEL 1 (3 INTAN)

Bilakah Kanang dilahirkan ?
Apakah tahap pendidikan tertinggi yang dicapai oleh Kanang ?
Bilakah Kanang berkahwin?
Siapakah nama isteri Kanang ?
Apakah yang berlaku sewaktu hari perkahwinan Kanang ?
Bilakah berlakunya konfrontasi antara Indonesia dengan Malaysia ?
Apakah pemberontakan yang berlaku di Brunei?
Siapakah Nam Yat?
Pada 1 Januari 1966,apakah jawatan yang disandang oleh Kanang ?
Di manakah letaknya Kem Sulva Line ?
Di manakah Kanang telah ditembak ?
Apakah jawatan terakhir yang disandang oleh Kanang dalam perkhidmatan tentera ?
Siapakah yang menganugerahkan ‘Pisau Angkatan Tentera’ kepada Kanang ?
Bilakah Kanang bersara?
Apakah yang dilakukan oleh Kanang setelah mengakhiri perkhidmatannya dalam bidang ketenteraan ?











LATIHAN NOVEL 1 (3 BAIDURI & 3 TOPAZ)

1. Kanang dilahirkan pada ..........................................
Tahap pendidikan tertinggi yang dicapai oleh Kanang ialah ......................................................................................................................
Kanang berkahwin pada ..............................................................................
Nama isteri Kanang ialah .............................................................................
Peristiwa yang berlaku sewaktu hari perkahwinan Kanang ialah Kanang ditugaskan untuk ..........................................................................................
......................................................................................................................
Konfrontasi antara Indonesia dengan Malaysia berlaku pada ................................................................
Pemberontakan ................................. telah berlaku di Brunei
Nam Yat ialah ...............................................................................................
Pada 1 Januari 1966,jawatan yang disandang oleh Kanang ialah ......................................................................................................................
Kem Sulva Line terletak di ...........................................................................
Kanang telah ditembak semasa operasi .....................................................
......................................................................................................................
Jawatan terakhir yang disandang oleh Kanang dalam perkhidmatan tentera ialah .................................................................................................
.................................................................. telah menganugerahkan ‘Pisau Angkatan Tentera kepada Kanang.
Kanang bersara pada ...................................................................................
Setelah mengakhiri perkhidmatannya dalam bidang ketenteraan Kanang menetap di ...................................................................................................

LATIH TUBI TATABAHASA 1
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Fatin Nabila begitu_______________ mematahkan hujah-hujah lawan dalam pertandingan bahas semalam.
A petah
B betah
C mahir
D bernas

2 Nawi ________________ tidak faham ketika Aminah menegur tindakannya membocorkan rahsia mereka.
A kira-kira
B akan-akan
C buat-buat
D agak-agak

3 ______________ seorang pahlawan, Panglima Hashim terus menentang tali barut penjajah itu.
A Daripada
B Bagi
C Demi
D Laksana

4 Ular sawa yang diburu semalam didapati __________________ kekenyangan di dalam reban ayam.
A melingkar
B melendut
C melintang
D melengkung

5 Setelah ___________ selesai bersiram nanti, sediakan santapan untuk Sultan,” arah Bendahara kepada tukang masak itu.
A beta
B patik
C baginda
D tuanku

6 Kakak _________telinga adik kerana adik tidak mengendahkan larangannya supaya tidak bermain hujan.
A memegang
B memiat
C mengetil
D mencubit

7 Perut saya terasa _______________ setelah makan buah mangga yang masam itu.
A loya
B ngeri
C perit
D muak

8 Menara Kembar Petronas terdiri _________________ dua buah bangunan yang sama bentuknya.
A dari
B kepada
C daripada
D dengan

9 Ibu menghantar _________________ melalui e-mel kepada abang yang sedang menuntut di Australia.
A bungkusan
B hadiah
C wang
D surat

10 Semenjak syarikat itu __________________ oleh Encik Ahmad Yahya daripada pengurus terdahulu, prestasi syarikat itu semakin baik.
A direka bentuk
B diurus niaga
C diambil alih
D diubah suai