CANTIK BUDI, INDAH BAHASA

Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang cantik itu budi, Yang indah itu bahasa

4(a) Dua bukti yang menunjukkan bahawa watak utama merupakan seorang yang tabah:

Fuad tabah mendidik murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia supaya mereka pandai dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. 2m
Fuad tabah menghadapi dugaan dalam percintaan apabila mengetahui bahawa Farhana yang dicintainya merupakan adik kandungnya sendiri. 2m
Fuad tabah memulihkan keyakinan Mak Salmah dan penduduk Kampung Danau Seberang yang berang dan kecewa dengan tindakannya melarikan Sofia. 2m
Fuad tabah menghadapi pelbagai dugaan dalam usaha mencari ibu kandungnya, Mariana. 2m

Nota:
Pilih mana-mana 2 isi. Bukti yang lain diterima sekiranya sesuai.
I = 4
B = 3
J = 7 markah

4b) Tiga peristiwa yang berkaitan dengan tanggungjawab terhadap keluarga :

1. Fuad bertanggungjawab terhadap adiknya apabila dia menjelaskan yuran persekolahan adiknya, Ah Soh dan membuka akaun simpanan untuk Ah Soh dan Mei 2m

2. Pak Ismail dan Mak Salmah bertanggungjawab terhadap anak angkat mereka, Fuad apabila mereka bimbang akan keselamatan Fuad yang pulang lewat daripada mencari kayu api di hutan. 2m

3. Fuad bertanggungjawab terhadap keluarga angkatnya, Pak Ismail dan Mak Salmah apabila dia menzirahi mereka di Pahang. 2m

4. Robert Lim bertanggungjawab terhadap keluarganya apabila dia memasukkan wang sebanyak RM 200 000 ke dalam akaun Fuad walaupun Fuad dijaga oleh keluarga angkatnya. 2m

5. Fuad bertanggnugjawa terhadap keluarganya apabila dia berusaha untuk mecari ibu kandungnya demi menyatukan keluarga mereka. 2m

Nota:
Pilih mana-mana 2 isi. Peristiwa yang lain diterima sekiranya sesuai.

I = 6
B = 2
J = 8 markah

3 (a)
(i) menghampari -- membentangkan (tikar, dll) di atas sesuatu (lantai, dll)
Contoh ayat : Emak menghampari lantai papan dengan sehelai tikar mengkuang
menghampiri -- mendekati, merapati
Contoh ayat : Pelari acara pecut 100 meter itu terjatuh ketika menghampiri garisan penamat
(ii) mengindahkan -- mencantikkan
Contoh ayat: Pelbagai jenis pokok bunga ditanam untuk mengindahkan kawasan sekolah
mengendahkan – memberi perhatian, mempedulikan
Contoh ayat : Sikap masyarakat yang tidak mengendahkan peraturan had laju di lebuh raya menjadi punca kemalangan.
(iii) menjemput -- mengajak, mengundang
Contoh ayat : Dia menjemput ramai tetamu ke majlis perkahwinannya
mempelawa -- mempersilakan
Contoh ayat : Dia mempelawa tetamunya menikmati hidangan yang telah tersedia
[Maksimum : 6 markah]

3(b) (i) Penganjur konsert menampalkan gambar penghibur tersohor itu di merata-rata
tempat. 2m

(ii) Rakyat hendaklah memanfaatkan hasil bumi negara kita dengan sebaik-baik
mungkin. 2m

(iii) Semua stesen televisyen tempatan telah menyiarkan berita tentang kejayaan angkasawan pertama negara. 2m

[Maksimum : 6 markah]

3(c) (i) jenerasi - generasi 1m
pendidikan - mendidik 1m

(ii) ko-kurikulum - kokurikulum 1m
pembezaan - perbezaan 1m

(iii) spesis - spesies 1m
kehidupan - hidupan 1m


[Maksimum : 6 markah]

3(d) (i) lalu - untuk 1m
prestij - prestasi 1m


(ii) semua kotak-kotak - semua kotak 1m
dibawa - diangkut 1m

(iii) menyelak - menyeluk 1m
lalu - untuk 1m

[Maksimum : 6 markah]

3(e) Peribahasa
(i) Bagai aur dengan tebing 2m
(ii) seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing 2m
(iii) muafakat membawa berkat 2m

(Terima peribahasa lain yang sinonim)
Sekiranya murid menulis lebih daripada satu peribahasa bagi setiap jawapan, terima peribahasa yang pertama)
[Maksimum : 6 markah]

Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen
(i) Air Sungai Ceper tidak berbusa dan berombak lagi kerana:
- dipenuhi bangkai binatang, sisa makanan, sampah sarap dan kain buruk 2m
ATAU
- dipenuhi serbaneka serdak yang bersisa 1m

(Maksimum : 2 markah)

(ii) Langkah-langkah yang dapat menghalang berlakunya pencemaran sungai:
- penguatkuasaan undang-undang yang tegas terhadap pihak yang mencemarkan sungai 1m
- Kempen ‘Sayangi Sungai’/ ‘Cintai Sungai’ 1m
- melantik pihak tertentu untuk menyelenggara dan menjaga sungai 1m
- masyarakat melaporkan kegiatan pencemaran sungai kepada pihak berkuasa 1m

(Terima mana-mana 3 isi)
(Isi-isi yang lain diterima sekiranya sesuai)
[Maksimum : 3 markah]

(i) Satu pengajaran daripada petikan:
- Kita hendaklah menjaga / memelihara kebersihan sungai / alam sekitar 1m
- Kita hendaklah mencintai sungai / alam sekitar 1m

(Terima mana-mana 1 pengajaran)

Tiga pengajaran daripada keseluruhan cerpen.
- Kita hendaklah menghormati orang tua 1m
- Kita hendaklah mengamalkan sikap menghormati tetamu 1m
- Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan negara 1m
(Pengajaran yang lain diterima sekiranya sesuai) [Maksimum : 4 markah]
NOTA:
Pengajaran dalam petikan boleh diterima dalam pengajaran keseluruhan cerpen tetapi pengajaran keseluruhan cerpen tidak boleh dibawa ke atas .

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik

i) Maksud rangkai kata ’petak jubung’ :
Tempat bertutup untuk menyimpan barang-barang yang terletak di tengah kapal 2m

[Maksimum : 2 markah]
(ii) Cara Awang Sulung Merah Muda mengatasi masalah lanun yang menawan geliung panjang :
- menyebut nama lanun-lanun 1m
- menyuruh lanun-lanun mengambil Tuan Puteri Dayang Seri Jawa 1m
- lanun-lanun ketakutan kerana mengetahui di dalam geliung itu ada Awang Sulung
Merah Muda / penghulu mereka 1m
- lanun-lanun memohon maaf . 1m
[Maksimum : 3 markah]

(iii) Sebab masalah lanun tidak dapat dibanteras sehingga sekarang :
- Penguatkuasaan undang-undang yang longgar 1m
- Kurang pemantauan terhadap kegiatan lanun 1m
- Laut yang luas menyebabkan kegiatan lanun sukar dikesan 1m
- Kapal dagang tidak dilengkapi senjata yang canggih sebagai pertahanan 1m

(Isi-isi yang lain diterima sekiranya sesuai)
[Maksimum : 3 markah]
Soalan 2 (d) Petikan Puisi

(i) Maksud rangkap kedua pantun di atas:
Orang yang berbudi, namanya akan sentiasa disebut-sebut. 2m
[Maksimum : 2 markah]

(ii) Sikap berbudi boleh dipupuk dalam kalangan masyarakat dengan cara:
- Ibu bapa menjadi suri teladan dalam mengamalkan sikap berbudi 1m
- Ibu bapa memupuk sikap berbudi dalam kalangan anak-anak sejak kecil 1m
- Kerajaan melancarkan kempen berkaitan dengan sikap berbudi 1m
- Media massa meyiarkan program-program yang berkaitan dengan sikap berbudi. 1m
- Pihak sekolah menerapkan sikap berbudi dalam proses pembelajaran dan pengajaran serta aktiviti di sekolah 1m

(Terima mana-mana 3 isi)
(Isi-isi yang lain diterima sekiranya sesuai)
[Maksimum : 3 markah]

(iii) Ciri-ciri pantun:
- Terdapat pembayang dan maksud 1m
- Rima akhir abab 1m
- Terdiri daripada empat rangkap 1m
- Jumlah perkataan sebaris antara 4 hingga 5 patah perkataan 1m
- Jumlah suku kata sebaris antara 8 hingga 12 suku kata 1m

(Terima mana-mana 4 isi)
(Isi-isi yang lain diterima sekiranya sesuai)
[Maksimum : 4 markah]