4(a) Dua bukti yang menunjukkan bahawa watak utama merupakan seorang yang tabah:

Fuad tabah mendidik murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia supaya mereka pandai dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. 2m
Fuad tabah menghadapi dugaan dalam percintaan apabila mengetahui bahawa Farhana yang dicintainya merupakan adik kandungnya sendiri. 2m
Fuad tabah memulihkan keyakinan Mak Salmah dan penduduk Kampung Danau Seberang yang berang dan kecewa dengan tindakannya melarikan Sofia. 2m
Fuad tabah menghadapi pelbagai dugaan dalam usaha mencari ibu kandungnya, Mariana. 2m

Nota:
Pilih mana-mana 2 isi. Bukti yang lain diterima sekiranya sesuai.
I = 4
B = 3
J = 7 markah

4b) Tiga peristiwa yang berkaitan dengan tanggungjawab terhadap keluarga :

1. Fuad bertanggungjawab terhadap adiknya apabila dia menjelaskan yuran persekolahan adiknya, Ah Soh dan membuka akaun simpanan untuk Ah Soh dan Mei 2m

2. Pak Ismail dan Mak Salmah bertanggungjawab terhadap anak angkat mereka, Fuad apabila mereka bimbang akan keselamatan Fuad yang pulang lewat daripada mencari kayu api di hutan. 2m

3. Fuad bertanggungjawab terhadap keluarga angkatnya, Pak Ismail dan Mak Salmah apabila dia menzirahi mereka di Pahang. 2m

4. Robert Lim bertanggungjawab terhadap keluarganya apabila dia memasukkan wang sebanyak RM 200 000 ke dalam akaun Fuad walaupun Fuad dijaga oleh keluarga angkatnya. 2m

5. Fuad bertanggnugjawa terhadap keluarganya apabila dia berusaha untuk mecari ibu kandungnya demi menyatukan keluarga mereka. 2m

Nota:
Pilih mana-mana 2 isi. Peristiwa yang lain diterima sekiranya sesuai.

I = 6
B = 2
J = 8 markah