Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat menghadapi Penilaian Kurikulum 2 kepada anak-anak didikku. Semoga pencapaian kalian pada kali ini lebih baik daripada Penilaian Kurikulum 1. Selamat Berjuang...
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Anak-anak didiku yang dikasihi...
Cuti pertengahan semester hampir melabuhkan tirainya. Semua tugasan semasa cuti sudah disiapkan? Cikgu percaya kalian telah berjaya menyempurnakannya. Tahniah daripada cikgu. Semoga kalian telah dapat mengisi masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah di samping mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.
Semoga semester baharu yang akan bermula pada 21.3.2011 ini akan membawa sinar kecemerlangan buat anak-anak didikku sekalian.
Selamat Kembali ke Sekolah
Selamat Menghadapi Penilaian Kurikulum 1 buat anak-anak didikku 3 Intan, 3 Baiduri, 3 Topaz dan 4 Berlian. Jawab dengan bersungguh-sungguh. Ingat ilmu yang telah dipelajari. 'Jawab apa-apa yang dikehendaki oleh soalan bukan jawab apa-apa yang anda tahu'. Semoga kalian beroleh kecemerlangan.
GAYA PENULISAN MENARIK
Contoh 16: Isu Pendidikan
Sebenarnya, sekolah juga dapat membantu mencegah golongan remaja daripada terjebak dalam kancah jenayah. Guru sebagai tonggak yang menunjangi sistem pendidikan mampu membentuk peribadi dan susila pelajar dari peringkat awal lagi.
Contoh 17: Isu Pelancongan
Sejak mutakhir ini, kerajaan telah menggalakkan pelancongan dalam negara. Sehubungan dengan itu, usaha yang terancang dan ikhtiar yang teratur perlu dimurnikan agar citra dan identiti negara dapat direalisasikan. Di samping itu, perlu ada persefahaman, permuafakatan, bersatu padu, bertoleransi, saling memahami dan bekerjasama semua pihak. Impak sampingan yang terperi, dalam industri ini mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Contoh 18: Isu sosiobudaya
Pemaparan masyarakat majmuk di Malaysia dalam filem Melayu harus diteruskan dan diperluas. Mungkin dengan menonton filem seperti ini, rakyat dari negara lain dapat membuat identifikasi tentang Malaysia, sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan latar belakang. Idea pemaparan atau representatif kelompok sosial dalam filem bukan sekadar paparan imej yang dilihat secara lahirian semata-mata, malah dilihat dari segi dimensi perbezaan sosial. Apatah lagi filem itu sendiri merupakan medium komunikasi yang cukup berkuasa dan berpengaruh serta begitu dekat dengan masyarakat.








