CANTIK BUDI, INDAH BAHASA

Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang cantik itu budi, Yang indah itu bahasa

PENILAIAN KURIKULUM 1 2011

Selamat Menghadapi Penilaian Kurikulum 1 buat anak-anak didikku 3 Intan, 3 Baiduri, 3 Topaz dan 4 Berlian. Jawab dengan bersungguh-sungguh. Ingat ilmu yang telah dipelajari. 'Jawab apa-apa yang dikehendaki oleh soalan bukan jawab apa-apa yang anda tahu'. Semoga kalian beroleh kecemerlangan.

KARNIVAL BAHASA MELAYU 2011
















PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN (10.2.2011 & 11.2.2011)











KUIZ TATABAHASA (28.1.2011)











KARANGAN CITRA PMR 12

GAYA PENULISAN MENARIK

Contoh 16: Isu Pendidikan
Sebenarnya, sekolah juga dapat membantu mencegah golongan remaja daripada terjebak dalam kancah jenayah. Guru sebagai tonggak yang menunjangi sistem pendidikan mampu membentuk peribadi dan susila pelajar dari peringkat awal lagi.

Contoh 17: Isu Pelancongan
Sejak mutakhir ini, kerajaan telah menggalakkan pelancongan dalam negara. Sehubungan dengan itu, usaha yang terancang dan ikhtiar yang teratur perlu dimurnikan agar citra dan identiti negara dapat direalisasikan. Di samping itu, perlu ada persefahaman, permuafakatan, bersatu padu, bertoleransi, saling memahami dan bekerjasama semua pihak. Impak sampingan yang terperi, dalam industri ini mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Contoh 18: Isu sosiobudaya
Pemaparan masyarakat majmuk di Malaysia dalam filem Melayu harus diteruskan dan diperluas. Mungkin dengan menonton filem seperti ini, rakyat dari negara lain dapat membuat identifikasi tentang Malaysia, sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan latar belakang. Idea pemaparan atau representatif kelompok sosial dalam filem bukan sekadar paparan imej yang dilihat secara lahirian semata-mata, malah dilihat dari segi dimensi perbezaan sosial. Apatah lagi filem itu sendiri merupakan medium komunikasi yang cukup berkuasa dan berpengaruh serta begitu dekat dengan masyarakat.

GAYA PENULISAN MENARIK

Contoh 13: Isu pendidikan
Sebagai intiha bicara, pembentukan kumpulan belajar perlu seimbang dengan tahap pencapaian akademik pelajar di samping beberapa perkara lain yang perlu diberikan perhatian secara komprehensif. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, sejajar dengan pembestarian sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia semua warga pendidikan perlu melakukan anjakan paradigma dan mempunyai iltizam yang mapan untuk memberikan apa-apa terbaik kepada pelajar.

Contoh 14: Isu alam sekitar
Bencana alam memaparkan tragedi yang tidak dapat dijangka. Fenomena bencana alam juga masih menjadi misteri kepada ahli sains dalam menganalisis perubahan iklim dan persekitaran bumi.

Contoh 21: Isu bahasa
Tanda-tanda budi ialah bahasa. Antara wang ringgit dengan budi, budilah yang tetap dipandang orang dan dikenang sampai mati. Gambaran tentang peri pentingnya budi ada diungkapkan dengan begitu indah dalam pantun Melayu lama seperti yang berikut:
Makan sirih berpinang tidak,
Pinang ada di bawah tangga;
Makan sirih mengenyang tidak,
Tanda budi dengan bahasa.

GAYA PENULISAN MENARIK

Contoh 10: Isu remaja/ sosiobudaya
Sekiranya pergaulan didominasi oleh akal dan nafsu yang sihat, maka pergaulan itu akan menjadi pergaulan yang baik. Akal yang sihat dan hati sanubari yang dipandu oleh nilai-nilai murni boleh membantu mewujudkan pergaulan yang sihat.

Contoh 11: Isu perpaduanMemang tepat sekali kalau dikatakan bahawa kita kini menghadapi suatu kenyataan politik, ekonomi, sosial yang mahukan kita lebih sedar dan berfikir secara rasional. Matlamat untuk menjelmakan kedamaian, kemakmuran serta Kebahagiaan dan keharmonian terletak di tangan rakyat.

Contoh 12: Isu remaja
Usia remaja merupakan tempoh penting yang dilalui oleh setiap orang sebelum menjadi dewasa. Dalam tempoh ini pelbagai cabaran hadir untuk menguji kekuatan jati diri. Ada kalanya cabaran ini menjerumuskan seseorang ke dalam kemelut sosial seperti terbabit dalam kegiatan jenayah.

GAYA PENULISAN MENARIK

Contoh 7: Isu pendidikan
Keadaan ini akan memecahkan kebekuan ilmu dan minda yang wujud dalam kalangan sesetengah pelajar supaya mereka dapat berfikir dan bertindak dalam bidang ilmu yang lebih luas dan mencabar sesuai dengan kehidupan dunia hari ini untuk mengharungi cabaran dan halangan yang terhampar.

Contoh 8: Isu dadah
Cogan kata Dadah Musuh Negara wajar disimpulkan dalam minda setiap individu. Masyarakat khususnya remaja perlu lebih berhati-hati dan berwaspada supaya terhindar daripada penularan najis dadah yang kian parah. Remaja harus cuba lari daripada sesawang negatif yang membelenggu masa depan mereka kelak.

Contoh 9: Isu remaja
Sememangnya naluri remaja tidak suka berseorangan. Remaja mahukan perhatian dan rakan untuk berbual, menyatakan perasaan diri untuk didengar oleh seseorang, membisikkan isi hati agar orang lain tahu, malah mengadu hal tentang masalah peribadi untuk mencari jalan penyelesaian. Bersama-sama rakan yang mengerti dan memahami, remaja dapat melontarkan idea dan meluahkan perasaan yang membelenggu di jiwa nurani.