LATIH TUBI TATABAHASA 4

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

1 I “Jangan tutup botol kicap itu terlalu ketat,” pesan ibu kepada kakak.
II Matanya terasa ketat setiap kali dia bangun daripada tidur.
III Kawalan ketat akan dikenakan terhadap penjenayah terbabit.
IV Puan Lim memegang tangan suaminya dengan ketat ketika menyeberangi jalan
raya.
A I dan III sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja


2 I Mata gerudi itu menjadi kembung kerana terkena permukaan lantai besi.
II Resipi ikan kembung berempah mendapat sambutan di gerai makan itu.
III Kembung yang diisi di dalam bekas itu sudah penuh muatannya.
IV Bayi itu menangis kerana perutnya kembung masuk angin.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

3 I Puri yang dibina sejak zaman penjajahan British itu masih wujud hingga
sekarang.
II Puri anggur itu sangat sedap dan selamat untuk diminum.
III Jenama pakaian buatan tempatan itu puri dan berkualiti tinggi.
IV Tentera Jepun membina puri bertujuan menentang dan melindungi diri
daripada serangan British.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja


4 I Kayu penunjuk arah itu tercacak tegak di atas tanah yang lapang itu.
II Pengawas sekolah selalu membetulkan barisan pelajar yang tidak tegak.
III Semua hadirin berdiri tegak semasa lagu Negaraku dinyanyikan oleh kumpulan
koir.
IV Pemilihan tentera mengutamakan calon yang memiliki badan yang tegak.
A I, II, dan III sahaja
B II, III dan IV sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D I, III, dan IV sahaja


5 I Penyanyi itu menyanyi sambil memetik biola sehingga para pendengar terpesona
dengan persembahannya
II Pada setiap pagi pekerja di kebun bunga itu akan memetik bunga-bunga anggerik
dengan berhati-hati.
III Kita perlu memetik kata-kata hikmat untuk menjadikan karangan itu lebih menarik.
IV Pak Salleh bersiul sambil memetik jari ketika berkomunikasi dengan burung tekukur
kesayangannya.

A I, II, dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D I, III, dan IV sahaja


6 I Ibu bapa mesti mengawasi pergerakan anak-anak mereka pada setiap masa.
II Pergerakan membasmi dadah dijalankan oleh pihak kerajaan secara besar-besaran.
III Pergerakan untuk sampai ke kawasan yang ditimpa bencana itu mengambil masa
yang lama.
IV Mereka menyertai pergerakan yang dianjurkan oleh pihak swasta bagi menjalankan
kerja-kerja sukarela.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I dan IV sahaja


7 I Dato’ Arman diberi kehormatan menjadi ketua kontinjen pasukan olahraga
negara ke sukan bertaraf dunia di Seoul, Korea.
II Tentera yang gugur di medan perjuangan itu dikebumikan dengan penuh
kehormatan.
III Ibu bapa atlet itu berasa amat bangga apabila anak mereka dianugerahi bintang
kehormatan pada malam itu.
IV Para petani diberi kehormatan memasarkan hasil tanaman mereka di mana-mana
pasar malam yang berdekatan.
A I, dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja


8 I Jalan tanah merah ke kampung itu lembap dan becak setelah hujan turun selama
beberapa hari.
II Wajah ayah yang duhulunya lembap kini kembali ceria semasa menyambut
kepulangan abang dari perantauan.
III Ucapan beliau yang lembap dalam majlis perpisahan itu menyebabkan pelajar-
pelajar berasa bosan.
IV Lariannya yang lembap menyebabkan dia gagal merangkul sebarang pingat dalam
kejohanan olahraga peringkat sekolahnya.
A I, dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja


9 I Tubuh manusia mempunyai tiga puluh keratan tulang belakang semuanya.
II Keratan kayu itu diikat dengan kemas sebelum dimuatkan ke atas lori.
III Amirul menyusun keratan akhbar mengikut topik sebelum dibukukannya.
IV Penghasilan syair yang baik akan mementingkan keseragaman bunyi di hujung
keratan perkataannnya.
A I, dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja


10 I Mata pencuri itu merayau-rayau pada dompet yang dipegang oleh wanita
itu.
II Fikirannya merayau-rayau apabila memikirkan krisis rumah tangganya.
III Lelaki tua yang sering merayau-rayau itu akhirnya meninggal dunia apabila
dilanggar sebuah bas.
IV Pada waktu sembahyang Jumaat, umat Islam merayau-rayau di masjid.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D III dan IV sahaja