LATIHAN PRA-SPM (Kesalahan Ejaan Kata Nama)

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1.Kebanyakan pelancung lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di persisiran pantai Malaysia.
2.Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai progrem kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipererat.
3.Syarikat pemaju perumahan akan membayar gantirugi kepada pembeli yang rumahnya gagal disiapkan mengikut jadual.
4.Aturcara kejohanan olahraga tahunan yang lengkap dimuatkan dalam buku program.
5.Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana kekayaan sumber alam semula jadinya.
6.Guru bimbingan itu telah memberikan penerangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar bedah.
7.Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengetengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia semalayasia
8.Semasa berada di peringkat pra-sekolah, kanak-kanak diberikan pendedahan awal tentang alam persekolahan.
9.Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mengesyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.
10.Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampaikan mesej dalam beberapa saat sahaja.
11.Kempen anti-dadah peringkat kebangsan yang dilancarkan oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.
12.Kerajaan sudah meluluskan undang-undang yang membenarkan pegawai penguatkuasa menahan individu yang berkelakuan tidak bermoral.
13.Kenaikan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan gulungan berpendapatan rendah.
14.Ketua sendiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam serbuan semalam.
15.Lazimnya aktiviti pengayaan dalam matapelajaran Bahasa Melayu terdiri daripada bacaan luas, permainan bahasa, dan kerja projek.
16.Pada pendapat saya, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara sangat berkesan untuk latihan jatidiri bagi remaja lulusan Sijil Pelajaran Malaysia.
17.Pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara kita telah membuktikan bahawa kerajaan menyedari kepentingan bahasa tersebut sebagai bahasa antara bangsa.
18.Pihak media-massa sering memaparkan berita yang sensasi untuk menarik perhatian orang ramai.
19.Melalui dailek yang digunakan dalam dialog mereka, dapatlah kita mengagak bahawa mereka datang dari negara Sepanyol.
20.Kompleks beli-belah itu mengadakan jualan penghabisan setok secara besar besaran.