LATIH TUBI TATABAHASA 1
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Fatin Nabila begitu_______________ mematahkan hujah-hujah lawan dalam pertandingan bahas semalam.
A petah
B betah
C mahir
D bernas

2 Nawi ________________ tidak faham ketika Aminah menegur tindakannya membocorkan rahsia mereka.
A kira-kira
B akan-akan
C buat-buat
D agak-agak

3 ______________ seorang pahlawan, Panglima Hashim terus menentang tali barut penjajah itu.
A Daripada
B Bagi
C Demi
D Laksana

4 Ular sawa yang diburu semalam didapati __________________ kekenyangan di dalam reban ayam.
A melingkar
B melendut
C melintang
D melengkung

5 Setelah ___________ selesai bersiram nanti, sediakan santapan untuk Sultan,” arah Bendahara kepada tukang masak itu.
A beta
B patik
C baginda
D tuanku

6 Kakak _________telinga adik kerana adik tidak mengendahkan larangannya supaya tidak bermain hujan.
A memegang
B memiat
C mengetil
D mencubit

7 Perut saya terasa _______________ setelah makan buah mangga yang masam itu.
A loya
B ngeri
C perit
D muak

8 Menara Kembar Petronas terdiri _________________ dua buah bangunan yang sama bentuknya.
A dari
B kepada
C daripada
D dengan

9 Ibu menghantar _________________ melalui e-mel kepada abang yang sedang menuntut di Australia.
A bungkusan
B hadiah
C wang
D surat

10 Semenjak syarikat itu __________________ oleh Encik Ahmad Yahya daripada pengurus terdahulu, prestasi syarikat itu semakin baik.
A direka bentuk
B diurus niaga
C diambil alih
D diubah suai